BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

Perbuatan sia-sia...

Firman Allah Taala:

"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan." (Surah Al-Kahfi: 104)

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

  • Orang yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.
  • Orang yang tidak berterusan membaca Al-Quran walaupun sedikit.
  • Orang yang masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar tanpa menunaikan solat tahiyatul masjid.
  • Orang yg melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur.
  • Lelaki yg masuk ke suatu kota pada hari jumaat, kemudian dia keluar tanpa mengerjakan solat jumaat berjemaah.
  • Orang yg tinggal setempat dengan ulama, tetapi dia tidak berusaha untuk menambahkan ilmunya.
  • Dua orang yg bersahabat, tetapi mereka tidak mengambil berat tentang keadaan masing-masing.
  • Orang yg mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak melayan tetamunya itu.
  • orang yang tidak menyedari jiran tetangganya kelaparan, sedangkan dia kekenyangan di dalam rumahnya...

Imam Bukhari(ahli Hadith terhebat)

Namanya Muhammad bin Ismail Al-Bukhari @ Imam Bukhari merupakan ahli hadis yang hebat. Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara', pada 13 Syawal 194H dan membesar dalam suasana keluarga yang amat mencintai ilmu agama. Abihi, Ismail bin Ibrahim sangat mengambil berat mengenai hal-hal yang berkaitan suruhan dan larangan Allah SWT serta Rasul-Nya. Pernah ayahnya itu berkata: "Aku tidak pernah mengenal daripada hartaku barang satu dirham pun yang haram dan tidak pula satu dirham yang subahat.

Imam Bukhari amat dikenali kerana mampu menghafal ratusan ribu hadith sahih dan tidak sahih beserta nama-nama orang yang meriwayatnya tanpa ada sebarang kesilapan.Bukan itu sahaja, Imam Bukhari juga mampu mengumpul 6 juta hadith.Walaubagaimanapun, Imam Bukhari hanya menghimpunkan hadith yang sahih sahaja di dalam bukunya. 'Sahih Bukhari' merupakan buku hadith Imam Bukhari yang menghimpunkan lebih 7000 hadith sahih dan menjadi antara buku hadith yang trerpenting.

Untuk mengumpul dan menulis hadith bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Imam Bukhari menghabiskan masa bertahun-tahun dengan merantau dan mencari orang yang menghafal hadith Rasulullah SAW.Pernah satu ketika,beliau berjalan berjalan hampir berbulan-bulan lamanya dari Bukhara menuju ke Baghdad, semata-mata untuk mendapatkan satu hadith daripada seseorang.Tetapi, apabila tiba di tempat yang ditujunya,beliau terlihat lelaki yang dicarinya itu sedang memnggil seekor juda dengan cara tipu muslihat. Lelaki itu mengangkat dan menggerak-gerakkan kainnya seolah-olah kainnya penuh dengan rumput.Sudah tentu kuda tersebut akan datang kepadanya kerana menyangka tuannya itu membawa rumput. Melihatkan keadaan itu, Imam Bukhari terus membatalkan niatnya untuk mengambil hadith daripada lelaki tersebut. Lalu, Imam Bukhari pulang ke Bukhara walaupun telah melalui perrjalanan yang begitu jauh dan lama.

Setiap kali ingin menghafal atau menulis hadith, Imam Bukhari tidak lupa untuk berwudhu' dan solat serta berdoa kepada Allah SWT. Sebelum menghimpunkan buku 'Sahih Bukhari', Imam Bukhari ada bermimpi. Dalam mimpinya itu, Imam Bukhari menghalau lalat yang mengganggu Rasulullah SAW. Bila ditafsirkan, mimpinya itu menjelaskan bahawa suatu hari nanti Imam Bukhari akan menjadi penyelamat kepada segala kekeliruan orang ramai terhadap Rasulullah SAW.

Antara karangan terkemuka Imam Bukhari ialah kitab Al-Jami'ush(Sahih Bukhari) iaitu kitab hadis tersahih di antara kitab-kitab hadith yang lain. Selain itu, Imam Bukhari juga menyusun kitab Al-Adabul-Mufrad, At-Tarikh al-Kabir,Ad-Dhuafa'(hadith-hadith lemah), dan sebagainya.

Imam Bukhari wafat di Khartank,sebuah desa di negeri Samarkand, pada malam Aidul Fitri tahun 256H. Imam Bukhari wafat ketika berumur 62 tahun.

Sunday, June 7, 2009

Fakta-fakta yang perlu anda tahu..

Terdapat beberapa fakta yang ramai yang tidak tahu, tetapi perlu tahu. Berikut adalah fakta yang menarik yang perlu anda tahu..

  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia nakan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
  • Kucing tidak boleh merasa manis.
  • Apabila seseorang itu bercakap,secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titissan bagi satu perkataan.
  • Bintang Neutron termasuk dalam kategori bintang padat(compact star). Jika sesudu teh sepihan bintang Neutron ditimbang, beratnya hampir 110 juta tan..
  • Satu kes pembunuhan berlaku di Amerika Syarikat setiap 23 minit, bermakna 22,852 pembunuhan berlaku setiap tahun di negara itu.
  • Selepas matahari, Proxima Centauri adalah bintang yang paling hampir dengan bumi iaitu sejauh 25,000,000,000,000 batu.
  • Tilam di rumah kita menjadi rumah kepada lebih enam bilion hama.
  • Sungai Hwang Ho di China digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  • Hippopotomostrosesquippedaliophobia adalah ketakutan pada perkataan-perkataan panjang.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Gigi merupakan satu-satunya bahagian tubuh manusia yang tidak boleh memperbaiki dirinya secara semulajadi..(Jadi, jagalah gigi anda dgn baik)
  • Jika di himpunkan semua arang,minyak dan gas di seluruh planet Bumi, ia hanya mampu mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
  • Tonsurphobia adalah ketakutan kepada memotong rambut.
  • Susu seladang berwarna merah jambu.
  • Secara purata, kita akan berhenti bercakap setiap 7 minit.
  • Kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yg terdapt pda tembok besar China cukup untuk mengelilingi bumi pada Garisan Khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter.
  • Tidak terdapat sebatang sungai pun di Arab Saudi.

Gambaran isi neraka..

Yazid Arraqasyi daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Suatu hari malaikat Jibril datang menemui Nabi Muhammad s.a.w. dalam keadaan wajahnya begitu berbeza sekali. Maka Nabi pun bertanya:"Wahai Jibril, mengapa aku melihat mukamu lain benar?"

Jawab Jibril:"Wahai Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikhabarkan nyalaan api neraka, maka ketika ini tidak layaklah bagi orang yang sudah mengetahui bahawa Neraka Jahannam itu benar, seksaan kubur itu benar, dan seksaan Alah itu pedih, untuk bersuka-suka sebelum mereka berasa selamat daripadanya."

Lalu Nabi bersabda: "Jelaskan padaku sifat Jahannam itu."
Ucap Jibril:"Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun lagi sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyalaan dan baranya."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya Neraka Jahannam itu terbuka sebesar lubang jarum, nescaya akan terbakarlah seluruh penduduk dunia ini kerana panasnya.
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andainya sehelai baju ahli neraka tu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan matilah penduduk bumi kerana panas dan bahangnya.
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak,andainya satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh."
"Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat terseksa, nescaya akan terbakarlah orang-orang di timur kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam, Perhiasannya besi dan minumannya air panas bercampur nanah, manakala pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada 7 pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya ynag tertentu daripada org lelaki dan perempuan."
Nabi bertanya: "Wahai Jibril, apakah pintu-pintunya bagaikan pintu rumah kami?"
Jawab malaikat itu: "Tidak,tetapi selalu terbuka. Setengahnya di bawah daripada yang lainnya, dari pintu ke pintu jaraknya 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas drpd yg lain 70 kali ganda."
Tanya Rasulullah s.a.w.:"Siapakah penduduk masing-masing pintu itu?
Jawab Jibril:"Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan pintu orang-orang kafir setelah diturunkan setelah diturunkan mukjizat Nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun yang bernama Al-Hawawiyah. PIntu kedua, tempat orang-orang musyrikin yang bernama Jahim. Pintu ketiga, tempat orang-orang shobi'in bernama Saqar.
"Pintu keempat, tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum Majusi bernama bernama Ladha. Pintu kelima, orang yahudi Huthomah. Pinta keenam, tempat orang Nasara bernama Sa'eir. Kemudian Jibril diam seperti segan kepada Nabi sehingga ditanya: "Mengapa tidak engkau terangka kepadaku siapa penduduk pintu ketujuh?"
Jawab Jibril" Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar drpd kalangan umatmu yang smapi mati belum sempat bertaubat."
Maka Nabi jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu. Malaikat Jibril pun meletakkan kepala baginda di pangkuannya sehingga sedar kembali. sesudah sedar, Nabi bersabda:" Wahai Jibril, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedih perasaanku. Apakah ada seorang daripada umatku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawab Jibril:"Ya, iaitu orang-orang berdosa besar daripada umatmu."
Mendengar jawapan itu, Nabi pun menangis teresak-esak, begitu juga dengan Jibril. Kemudian, Nabi masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang. Semasa sembahyang, Nabi menangis dan berdoa kepada Allah untuk keselamatan umatnya...

Selamat Hari Bapa!!!

Untuk postingku ni yg kukira kali pertama, Ana memilih tajuk selamat hari bapa kerana
ana rasa tajuk nie sesuai untuk diceritakan memandangkan skarang nie bulan Jun..

First of all ana ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada pembaca-pembaca yang sudah bergelar seorang bapa, yang bakal jadi bapa, yang masih ada bapa dan tidak lupa bapa ana sendiri(tertinggal pulak..)

Cube pembaca berfikir sejenak..
Daripada mula kita dilahirkan,
telinga kita dialunkan dengan lafaz azan dan iqamat oleh BAPA..
Semakin kita membesar semakin giat BAPA kita mencari rezeki...
bukan berperanan sebagai bapa sahaja, tetapi bapa juga menjadi nakhoda sebuah bahtera keluarga...
untuk itu,
hargailah bapa yang kita ada selagi beliau masih hidup lagi di muka bumi ini...

Welcome to me!!!

Assalamualikum to all.....

Muqaddimah....

Setiap apa yang dilakukan oleh setiap manusia itu berlandaskan pada niatnya...
Begitu juga dengan diriku...
Setelah sekian lama aku hanya melawat blog orang lain..
Akhirnya aku bernekad untuk mencipta blogku sendiri....

Pembaca yang budiman sekalian,

Aku mencipta blog ini bukan untuk suka-suka...
Aku mencipta blog ini ada tujuannya....
Bukan untuk mencari kepopularitian...
Bukan untuk mencari perhatian..
Bukan untuk mencari kemegahan..

Aku yakin blogku ini tidaklah sehebat blog-blog yang lain...
Tetapi naluriku seolah-olah mendorongku untuk menghasilkan blog...
Biarpun apa aku tuliskan di dalam blogku ini belum tentu dapat meresap ke dalam minda kelas pertama pembaca...
Apa-apa pun... ni sekadar intro jer... Harap pembaca jgn takut.. blogku ini tidak mengandungi unsur-unsur yang tidak sepatutnya....

Thank you...