BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 31, 2009

Ahlan Wasahlan....

salam...

untuk kali ni, ana nak kongsi satu berita baik yang ana rase wajar dikongsi seisi dunia....


Tanggal 13 Julai 2009, lahirlah seorang bayi yang dinamakan Balqis...


Sape Balqis nie??


Beliau ialah anak abang sulung ana yang juga anak saudara pertama ana and cucu pertama ibu ana... camne?? Gembira tak??? untuk itu, kami sekeluarga pun sibuk mencari gelaran masing-masing....antaranya...

  • kakak ana : Mak Ngah(e,e... da tue da dye)

  • abang Faiz : Pak de

  • abang Afiq : Pak Teh

  • ana : x yah r tau..segan..

  • amirul(adik ana): Pak cu
nie ade gambar cket nak share...




Along, tahniah da jd daddy.. nak cium baby cket..


ni la Balqis bt. Ahmad Mahazam bin Mat Zaid Bin Husin ( nama sebenar...)

Cayangg Balqis,..cepat-cepatla besar yea.. nanti leh auntie bawak jalan2..(ceh, auntie konon..)

sekian, wassalam...

tinta kalam,

oasis...

Saturday, July 4, 2009

Nostalgia..

Salam.. masih teringat lagi nostalgia mase aq kecik2 dulu...Madrasah yang ku ini telah meninggalkan 1001 kenangan pahit dan manis..maka pedeta oasis ini pun ingin memulakan ceriteranya...

Darjah 6...
Aq ingat lagi, mase 2 bulan mei..tengah syok-syok makan mee, tiba2 ibuku memecah keasyikan menikmatinya.."Oasis(nama timbangan)..nanti tingkatan 1,sekolah agama yea..kat temerloh.. ikut abg afiq ngan abg faih"..Terkejut punya pasal, terpelanting garpu yg aq gune nak mkn mee 2..Lantas aq mencelah"Hah!! Sekolah agama kt temerloh?? Jauhnye... Takkan nak duduk asrama kot??..lalu ibuku mengangguk..Aq kemudiannya dibelenggu pelbagai persoalan... Esoknye kat sekolah, kebetulan pulak cikgu tanya satu kelas aq pasal nak belajar kat mane lepas nie.. sampai giliran aq, dengan relaksnya aq menjawab.."Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Temerloh cikgu.."suasana hingar bingar kat dalam kelas aq 2 tiba2 sunyi..lalu cikguku mengangguk kepala tanda maklumat sampai ke otaknya..
Maka, sampailah hari yang penting bagiku..hari ni aq kena ambil ujian untuk masuk ke sekolah nie..cam temuduga jugakla..masa 2 aq dapat kelas N..yang terletak di tingkat 3 bangunan tingkatan 5 mase 2.. lalu aq pun mencurahkan ilmu yang selama nie aq pelajari di atas kertas A4 yang diberikan kepadaku( jawab pekse la maknenye)..
A few months later... aq terime surat yang dihantar oleh pihak pentadbir bakal madrasahku yang menyatakan bahawa aq diterima untuk belajar di sana...Aq pun mula memikirkan bagaimana kehidupanku kat sana nanti..aq yang selama ni tak pernah berpisah dengan keluargaku tiba2 pulak kene duduk asrama.. em.. tak per la..

4 Januari 2005...
hari ni aq kene daftar asrama... sekolah yang selama ni aq lawati, kini menjadi medan pertempuranku untuk menuntut ilmu..dah siap daftar, aq pun angkutla segala barangku yang banyak cam nak pergi oversea ke dalam bilik yang ditetapkan untukku..maka, tibalah saat2 genting..mase 2 dah petang dah, ibuku ingin pulang..jantungku berdegup kencang bila melihat ayahku sudah mula start enjin..aq pun salam tangan ibu ayahku dan mencium pipinya.. lalu berkelanalah seorang budak bandar di bumi barakah ini...

5 Januari 05,
First day of school..untuk tingkatan 1 ni, aq bertapak di kelas 1 Abu Daud yang dikepalai oleh Ustazah Haslina..maka, bermulalah perjuanganku di sini..masih juga aq ingat, aq pernah jd budak yang paling di anti di asrama, aq pun tak tau la kenapa... tp sekarang ni dah ok dah..untuk tingkatan 1 nie jugak, aq dikenalkan dengan usrah..Syok sebenarnya join usrah ni...Naqibah usrahku yang pertama mase 2.. kak NorHafizah..banyak jugak ilmu yang kuperoleh melalui usrah ni..usrah ni pun dapat la jugak mengubati kerinduanku pada famili..(budak la katakan)..Setelah beberapa bulan aq berkelana di madrasah nie, akhirnya aq berjaya menyesuaikn diri di sini..

Memori dari tingkatan 2 hingga tingkatan 5 pun bermula...

Tingkatan 2

Mase form 2, aq dapat kelas 2 Tarmizi... tahun nie jugak aq kene jadi exco asrama.. dalam usia semuda itu, aq fikir aq tak mampu nak kawal asramaku yang penghuninya punyalah ramai, dan aq pulak masih lagi dikategorikan sebagai junior di situ..(budak la katakan)..tahun nie jugak aq kehilangan seorang sahabat. Beliau meninggal dunia akibat terjatuh sungai.. sedih la jugak walaupun kitorang tak berapa rapat..Tahun ni jugak aq dikenalkan dengan Raudhah.. Raudhah ni sebenarnya tazkirah untuk pelajar sesi petang mase 2...Tapi, tahun ni la tahun terakhir adenya raudhah..em, terasa rindu pulak kat raudhah ni..

Tingkatan 3

Dah besar dah aq..(perasan betul)..tahun ni aq berkenalan dengan ramai member2 yang sekepala ngan aq..em, tahun ni jugak ramai sahabat kenalanku mula menjebakkan diri dalam maksiat..bermula dengan perasaan minat meminati dengan kaum adam ni.. Alhamdulillah, setakat ni aq tak ade perasaan kat mana kumbang..tahun ni jugak aq berkenalan dengan Nafisah..seorang yang luarbiasa orangnya..tahun ni jugak Allah bg rezeki kt aq dalam PMR.. mase form 3 ni jugak aq ade perselisihan faham dengan sahabat qaribku...tp skrang dah ok dah..kepada empunya diri, mintak maafye..aq masih ingat lagi, mase form 3 ni jugaklah, aq dan dua lagi sahabatku..(Dina n Ummu).. senyap2 masuk bangunan baru di sekolahku tengah2 malam.. dalam pukul 12 lebih.. tujuannya.. nak melepak jer... punyela syok sangat mengendap,(untuk mengelakkan dari dikesan olah radar pak guard) tak sedar pulak pak guard sibuk dok memerhatikan kitorang, dah terkantoi tu, pucat muka, biru bibir n langkah seratus ribu la kitorang mase tu.. di harapkan pembaca tidak meniru aksi atau fiil atau yang seumpama dengannya di rumah atau di mana sahaja...

Tingkatan 4

Alhamdulillah, aq dah jadi senior..azam baru pun bermula..tahun nie klas aq ade student baru.. diorang Khalilah, Khalidah, Khairani..kitorang panggil 3K jer.. diorang ni dari Maahad SAS.. Pastu ade sorang dari Dong, Nadhah namanya...and lastly, Irsyad from Sabah.. em, Irsyad ni skol kat cni tahun nie jer..Khalilah ni orangnya bersahaja tapi cool...nak dikatakan kitorang 1 kelas ni ade la yang kamceng ngan tak kamcengnye, tp yang pastinyer aq akan merindui diorang bila aq dah abis sekolah nanti... tahun ni jugak, aq amik SMA n Alhamdulillah, Allah masih lagi menlimpahkan rezeki-Nya kepadaku..Setakat ni jugak aq still tak de perasaan kat mana2 kaum Adam..Syukur Lillah..Buat sahabatku..Khalilah, Nisya, Nad, Siti, Zaharah, Feazah, Khairani, Fathimah, Khalidah, Ummu Hidayah, Izati, Affiza, Dina, Nurul, Nani,Maratul,Faridah member2 aq yang lain n sape yang pernah beri tunjuk ajar kat aq ,aq sayang korang...ku doakan agar kalian sentiasa dilimpahi rahmatNya selalu..


Tingkatan 5,

sedar tak sedar, dah 5 tahun aq berkelana di bumi Al-Khairiah ni..Coretan untuk tahun nie mungkin tidaklah banyak..tapi antara yang bestnyer tahun ni, aq jadi naqibah untuk usrah tingkatan 1 di sekolahku..kalau dulu aq yang jd ahli usrah, kali ni aq pula yang jadi naqibahnya.. aq berganding bahu bersama Nurul Amira bt. Saharudin untuk mendidik 7 adik2 yang dahagakan ilmu..nampaknya my feelings is still da same ha... entahlah, belum sampai masanya lagi kot..tahun ni jugak aq jd calon SPM, huh, pressurenya makin serius...till then, coretan ini akan aq sambung lagi coz aq tak habis sekolah lagi..Wassalam..

Tinta kalam,

oasis...