BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 24, 2009

Jenaka pengubat duka...

Salam Syahadah...
untuk kali nie ana nak buat semua pelawat blog ana nie tersenyum kambing... senyum sahaja yarr..

kisah satu pun bermula....

Seorang guru bertanyakan satu soalan kepada anak muridnya..
Cikgu:"Ali, gabungkan dua ayat ini menjadi satu."

Ayat 1: Ahmad menaiki basikal ke sekolah.
Ayat 2: Ahmad ternampak mayat.

Ali :"Ahmad ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah."

kisah dua tak sabar dah..

Alkisah suatu hari Pak Pandir jatuh sakit. Dia pun pergi ke klinik untuk berjumpa doktor, lalu terjadilah perbualan antara mereka..

Doktor:"Pak Pandir, saya bagi ubat minum ni, Pak Pandir minum 3 sudu sehari ya."
Pak Pandir:"Tak boleh doktor."
Doktor:" Mengapa pula?"
Pak Pandir:" Sebab di rumah saya ada 2 sudu jer, saya ni orang miskin."

kisah ketiga dah meronta-ronta untuk dibaca..

Suatu hari sepasang suami isteri bertelagah sesama mereka. Lalu, si suami yang sedang kemarahan itu pun berkata kepada isterinya:" Ok, kalau macam tu, kita tak payah bercakap, senyap jer klau ada apa-apa, tak lah kita bergaduh." Si isteri yang juga sedang kemarahan itu pun berkata:"Ok fine, kalau itu yang abang nak."Mereka pun membisu sampailah nak tidur. semasa si suami sedang memejamkan mata, dia baru teringat bahawa dia ada mensyuarat penting pada hari esok. Kebiasaannya, isteri dia yang akan mengejutkan dia tiap-tiap pagi, melihatkan keadaan isterinya yang sudahpun tidur, si suami mengambil keputusan untuk menulis nota yang berbunyi:"Ayang, kejutkan abang awal esok, abang ada mensyuarat.".Si suami itu pun meletakkan nota tersebut di tepi bantal isterinya. Keesokan paginya, si suami tetap bangun lambat, dia berasa marah kerana isterinya tidak mengejutkan dia. Lalu si suami pun bergegas bangun, semasa dia bangun, dia terlihat ada nota di tepinya. Nota tersebut berbunyi:" Abang!! bangun, dah pukul 6."

kisah keempat pula..

Pak Pandir mempunyai sebuah kebun getah. Pak Pandir akan menoreh getah setiap hari pada waktu pagi. Kebiasaannya, dia akan pulang bila menjelang tengah hari. Suatu hari, Pak Pandir dimaklumkan bahawa kerajaan akan membuat jalan bersebelahan dengan kebun getahnya.
Pak Pandir pun meneruskan kerja hariannya di kebun getah tersebut. Tiba-tiba, suatu pagi Pak Pandir pulang awal dari kebun getahnya. Mak Mandir yang kehairanan pun bertanya kepada Pak Pandir:"Kenapa pulang awal bang?"Pak Pandir yang kemurungan itu pun menjawab:" Ada papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'.."

sekian sahaja penghibur duka dan kesunyian dari saya...

oasis...

Huh!! My First Tag

Salam Syahadah...

sukacitanya ana ingin mengumumkan bahawa ana telah ditag...
Inilah tag ana yang pertama...anyway, thx la yarr kepada Cik pujaan-7 kerana mentag sayer..
Makanyer, rajin-rajinlah pelawat yang budiman sekalian copy this image..

perkara yang wajib anda lakukan??
jawapannya, sahut-sahutlah seruan image diatas...

hence, 10 umat nabi Muhammad yang bertuah lagi lucky ini diisytiharkan menerima tag nie... terima la yea..

  1. ZinnirahO8
  2. islamicsyabab
  3. mindasyabab
  4. jihadsyabab
  5. syababArtz
  6. bicarafaraulah
  7. csidesigner90
  8. maahadian rock
  9. proud to be islam
  10. iszz
then,

pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..

Sunday, August 23, 2009

Sekilas Gambaran...

salam syahadah...tatkala sibuk menanti waktu berbuka puasa, terdetik di hati ana untuk mposting sekilas lagi gambaran hari kebangkitan... untuk kali ini, ana ingin menyambung coretan berlandaskan tajuk umat Muhammad diseru miniti sirat...

Izinkan ana untuk memulakan bicara...

Allah Taala menyeru:"Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan.Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.."
Malaikat Malik berdiri di pintunya(neraka).Dia menyeru:"Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Taala, maka dia akan selamat. sekiranya sebaliknya, maka, dia akan jatuh dalam neraka.Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad bersabda kepada Malik:" Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan wajahnya dari umat Nabi Muhammad. Umat Nabi Muhammad telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya:"Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

  • kumpulan pertama -berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
  • kumpulan kedua -melintasi seperti angin yang kencang
  • kumpulan ketiga -seperti kuda yang baik
  • kumpulan keempat -seperti burung yang pantas
  • kumpulan kelima -berlari
  • kumpulan keenam -berjalan
  • kumpulan ketujuh -berlari dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di aias mereka. Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. Setiap kali Baginda melihat seorang dari UMATNYA bergayut di atas Sirat, Baginda akan MENARIK TANGANNYA dan MEMBANGUNKAN DIA kembali..
  • kumpulan kelapan -menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak dosa. Bagi yang buruk akan menyeru:"Wahai Muhammad!" dan Nabi Muhammad pula akan menyeru:"Ya Robb! SELAMATKAN MEREKA! SELAMATKAN MEREKA!
  • kumpulan kesembilan kesepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.
Diriwayatkan bahawa di pintu Syuga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu bapa mereka, mereka menyambutnya mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek-cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibubapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata:"Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat kedua ibu bapaku."
Kanak-kanak yang belum melihat ibu bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata:"Kami masih dalam keadaan yatim di sini dan di dunia."
Malaikat berkata kepada mereka:"Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:"Kami akan duduk dipintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan pertama iaitu Sirat. Kaki-kaki mereka mereka akan tergantung di atas Sirat.
Nabi Muhammad melintasi sirat bersama-sama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:"Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?

Malaikat menjawab:" Mereka menangis kerana berpisah dengan ibubapa mereka."
Nabi SAW bersabda:"Aku akan mnyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, InsyaAllah.."

Sekian sahaja gambaran hari kebangkitan, moga-moga ia dapat meresap dalam minda kelas pertama pembaca...

tinta kalam..

oasis

Wednesday, August 19, 2009

Rasulullah membela umatnya

salam syahadah...
untuk kali ni ana nak sambung balik posting ana yang lepas...

Di padang mahsyar orang yang mula-mula datang adalah nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung pada asap 'Arsy yang naik lalu menyeru:"Tuhanku dan Penguasaku! aku adalah khalilmu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."

Allah Taala berfirman:"Wahai Ibrahim! adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya?"

Nabi Musa a.s. datang. Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu menyeru:"KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahannam."

Isa a.s datang dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan 'Arsy lalu menyeru:"Tuhanku..Penguasaku...Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahannam!"

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad menyeru:"Tuhanku... Penguasaku.. Penghuluku...! Aku tidak meminta meminta melainkan diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMu!"
Ketika itu juga, neraka Jahannam menyeru:"Wahai Tuhanku..Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan UMATNYA dari seksaannya! Selamatkanlah MEREKA dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku, azabku! Sesungguhnya mereka umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri 'Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman:"Di mana matahari?"

Maka, matahari dibawa menghadap Allah Taala. ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya:"Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepadamu?"
Matahari menjawab:"Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"
Allah Taala berfirman:"Aku percaya."
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."

Ibnu Abbas berkata:" Peluh manusia bertitisan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggelegak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata menyalir seperti air yang mengalir. Suara ratap umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali lagi Baginda sujud di hadapan 'Arsy dan sekali lagi, dan Baginda rukuk untuk memberi syafaat kepada umatnya. Para Nabi keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata:" Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala begitu mengambil berat, hal keadaan terhadap UMATNYA."

Dari Thabat Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata:" Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-zaharah r.h. Baginda mendapati dia sedang menangis."
Nabi bersabda:"Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?"
Fatimah menjawab:"Aku teringat akan firman Allah Taala:"DAn, Kami akan menghimpunkan, maka Kami tiadak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka."
Lalu Nabi pun menangis. Baginda bersabda:"Wahai permata hatiku! Sesungguhnya aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi."
Fatimah berkata:"Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"
Baginda menjawab:"Wahai Fatimah! sesungguhnya hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah Taala:"Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu urusan yang melalaikan dia." (Abasa:37)
Fatimah bertanya:"Di mana aku hendak mendapatkanmu pada hari qiamat nanti, wahai bapaku?"
Nabi menjawab:"Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Fatimah bertanya:"sekiranya aku tidak menjumpaimu di telaga?"
Nabi bersabda:" Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru:" Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut, "Aamiin"

Ketika itu juga terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman:" Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah."
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga Neraka Jahannam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang....

bersambung.....
jangan lihat siapa yang menaip, tapi bacalah apa yang ditaip..

Tuesday, August 18, 2009

Dengarlah tangisan Rasulullah...

Salam Syahadah...
untuk posting kali nie, ana nak memberi sedikit gambaran hari kebangkitan atau hari kiamat..
jadikan apa yang ana coretkan ini sebagai panduan dalam menghadapi kehidupan akan datang...

Izinkan ana untuk menulis...

Manusia akan dibangkitkan pada hari kebangkitan nanti di mana apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya bersedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat( kumpulan). Nabi berhenti memerhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan ramainya..

Jibril menyeru:" Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya " Di mana umatku?"
Jibril bertanya:"Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa datang, Jibril menyeru:"Tempatmu!" Maka NAbi Isa dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata:" Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril bertanya:"Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya:" Di mana umatku?"
Jibril berkata:"Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:" Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril berkata:"Lihatlah mereka wahai Muhammad!"
Apabila Nabi Muhammad melihat mereka,mereka gembira dan mengucapakan selawat kepada Baginda SAW dgn apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan Nabi SAW. Baginda juga gembira bertemu mereka.

Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa.Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:" Wahai Muhammad!"
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi bersabda:" Wahai umatku!"
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru:"Di mana Jibril?"
Jibril berkata:"Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman dalam keadaan Dia amat menyetahui apa yang tersembunyi:" Di mana umat Nabi Muhammad?"
Jibril berkata:" Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman:"Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanKu."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata:"Wahai Muhammad! umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad berpaling ke arah umatnya lalu berkata:"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah. Nabi Muhammad memimpin mereka menuju hadapan Allah Taala lalu Allah Taala berfirman:" Wahai HambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa."

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:" Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah padanya, bawakan Jahannam!"
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata:"Wahai Malik! Allah Taala telah memerintakan agar mambawa Jahannam."

Malik bertanya:"Apakah hari ini?"
Jibril menjawab:"Hari ini adalah hari kiamat.Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."
Malik berkata:"Wahai Jibril! adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"
Jibril menjawab:"Ya!"
Malik bertanya:" Di mana umat Nabi Muhammad?"
Jibril berkata:"Di hadapan Allah Taala."
Malik bertanya lagi:" Bagaimana mereka mampu menahan kasabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahannam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata :"Aku tak tahu."

Malik menjerit kearah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya, Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorangpun dari makhluk melainkan bercucuran airmata.

Airmata suadah berhenti mengalir manakala airmata darah mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka tidak mabuk..

ikuti siri akan datang di mana Rasulullah yang jarang diingati umatnya membela umatnya dihadapan Allah Taala....

jangan lihat siapa yang menaip, tapi bacalah apa yang ditaip...

Monday, August 17, 2009

Sejauh manakah sayang dan cinta itu???

Kamu sayang Rasulullah? Sungguh? Betul? Tak tipu? Boleh percaya ke ni?? Hhhmmm.. sebenarnya soalan tu untuk ana sendiri. Hari-hari kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.(Bila? Dalam solat kan kita ada selawat... sedar tak?)Tapi, cukupkah dengan berselawat itu sebagai bukti kecintaan kita kepada rasul kita? Kenapa bila disuruh untuk boikot barang yahudi, berjela-jela alasan diberi, malah alasan itu lebih banyak dari jumlah barang yang perlu diboikot? Kenapa disuruh amalkan sunnah nabi, masing-masing buat muka? Itukah bukti cinta kamu??? Kenapa bila ditanya salasilah nabi kita, semua orang mulalah tergagap-gagap.. tak tahu hendak cerita..

Hhhmmm.. penting ke semua itu? Cinta pada rasul...selawat tu tak cukup ke tanda cinta dan kasih ana pada rasul?

Okeylah, kita buat perbandingan sikit eh...

Kalau anda cintakan kekasih si pengarang jantung anda, apa buktinya bila kekasih anda soal tahap kecintaan anda? Takkan nak jawab belahlah dada, operatelah jantung... Haish..buat si awek/pakwe anda ambil kapak belah betul-betul baru tahu...

Mestilah anda sanggup tolong top-up kan untuk sidia, sanggup belanja makan dia, beli hadiah ke dia.. Tapi, lepas tu anda minta dia bayar balik ke? Mestilah takkan... Takkan nak suruh bayar? Apalah... Kedekutnya.. Tapi, walau anda tidak minta dibalas,(walau dalam hati berharap juga kan..kan..kan..)sibuah hati anda mesti akan balas juga, bagi hadiah ke anda dan macam-macam lagilah..

Haa... macam itulah konsep cinta dan kasih kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW... Nabi sayang kita? Masyallah... Kalau anda tahu tahap sayangnya rasul kepada kita, mesti anda dah tak cari kekasih lain dah.. menangis air mata anda bilamana terpaksa memadukan kasih dan cinta anda pada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Tahukan, di akhir hayat baginda pun, baginda masih menyebut-nyebut " umat aku..umat aku..umat aku..." Bahkan ketika baginda sedang menahan sakit tatkala nyawanya sedang ditarik pun, sempat lagi baginda minta ke malaikat Jibrail supaya biarlah rasa sakit menghadapi sakaratulmaut umat-umatnya ditanggung dia seorang.. Menangis malaikat Jibril mendengar permintaan kekasih Allah itu. Bayangkanlah betapa agungnya cinta dan kasihnya baginda kepada kita umatnya di akhir zaman ini. Adakah anda mampu mencari pencinta terhebat selain Nabi Muhammad SAW? Masyallah, sampai ke akhir hayatnya pun baginda tak pernah sekelumit saat pun terlupa pada kita. Kita? Hendak tunggu Maulud Nabi baru hendak ingat ke nabi? Baru hendak berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW?

Nanti, suatu hari, kita akn ke PAdang Masyar. Itu pasti!Menunggu giliran untuk dihisab di Padang Masyar sangat lama.Setelah berada di Padang Mahsyar begitu lama dengan segala kepayahan barulah manusia teringat untuk meminta tolong kepada Nabi Adam a.s supaya disegerakan perbicaraan. Selepas 1000 tahun perjalanan, berjumpalah mereka dengan Nabi Adam a.s tetapi Nabi Adam a.s tidak dapat membantu.

Kemudian mereka berjumpa pula dengan Nabi Nuh a.s dengan perjalanan selama 1000 tahun namun Nabi Nuh a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa pula dengan Nabi Ibrahim a.s dengan perjalanan 1000 tahun juga namun Nabi Ibrahim a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Musa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Musa a.s pun tidak mampu.

Mereka berjumpa Nabi Isa a.s dengan perjalanan 1000 tahun lagi namun Nabi Isa a.s pun tidak mampu. Nabi Isa a.s menyuruh mereka berjumpa dengan Nabi Muhammad saw.

Lalu mereka berjumpa Nabi Muhammad SAW dengan perjalanan 1000 tahun. Mereka berkata,"Wahai Nabi Muhammad, engkau adalah Pesuruh ALLAH, penutup para Nabi dan Rasul,berilah pertolongan kepada kami agar kami segera dihisab." Jawab Nabi Muhammad SAW,"Aku akan tolong kamu semua."Rasulullah SAW pun bangun dan menuju ke Arasy. Kemudian baginda sujud kepada ALLAH YANG MAHA AGUNG dan GAGAH selama seminggu. ALLAH SWT pun berfirman,"Ya Muhammad, angkatlah kepalamu dan mintalah apa yang engkau mahu minta.Aku akan kabulkan permintaanmu."Rasulullah SAW menjawab,
"Wahai Tuhan, ini umatku, segerakan kiraan dan pengadilan ke atas hamba-hamba-MU yg telah sekian lama tertahan di Padang Mahsyar dalam keadaan terhina dan terseksa sekali."

Setelah selesai menjalani perbicaraan, mereka menuju pula ke titian yg terentang di atas Neraka Jahanam. Keadaan titian itu lebih halus daripada rambut dan lebih tajam daripada mata pedang. Tidak ada seorang pun terlepas daripada melintasi titian itu. Panjang titian itu sejauh perjalanan 3000 tahun, 1000 tahun naik ke atas, 1000 tahun mendatar dan 1000 tahun menurun (1 tahun di akhirat = 365 ribu tahun di dunia). Mereka yang lalu di atasnya berada dalam keadaan senyap sunyi kerana terlalu bimbang dan cemas. Hanya Rasullullah SAW yang mengucapkan kalimah," Ya ALLAH, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku, selamatkanlah umatku."

Lihat..betapa Nabi Muhammad sayangkan kita.. Sampaikan umat-umat baginda yang sombong dan takbur pun baginda kasih.. tapi, takkan kita mahu tergolong dalam golongan itu? Masih tidak mahu sayangkan Rasulullahkah?

Tahukan, neraka ada 7 tingkat iaitu neraka Hawiah, neraka Jahim, neraka Saqar, neraka Ladza, neraka Hutamah, neraka Sa'ir dan neraka Jahanam. Neraka Jahanam adalah neraka yg teratas sekali, untuk umat Muhammad SAW yang sombong dan matinya tidak sempat bertaubat. Apabila Rasulullah SAW mendengar Jibrail mengatakan neraka Jahanam untuk umat Rasulullah SAW yang sombong, baginda pengsan. Bila sudah sedar, baginda bersabda, "Wahai Jibrail, masih adakah antara umatku yang masuk neraka?Jibrail menjawab,"Ya, iaitu mereka yang melakukan dosa-dosa besar dengan sengaja seperti minum arak, judi, zina, riba', hasad dengki, pemarah, gila dunia, gila pangkat dan lain-lain."

Rasulullah saw pun menangis dan Jibrail pun ikut menangis sama. Masyaallah... Agungnya cinta dan kasih baginda kepada umatnya dikhir zaman.. Umat yang seringkali alpa dan leka dari mengingati Allah dan baginda. Umat yang seringkali melakukan kemungkaran. Umat yang....

Persoalannya,adakah kita sayangkan Rasulullah SAW sebagaimana Rasulullah SAW sayangkan kita??

Sunday, August 16, 2009

Pelancaran Gagasan 1 Islam, Islam Diutamakan Al-Quran Didahulukan


THE RISE OF THE ISLAM'S SHINE

"ISLAM DIUTAMAKAN , AL-QURAN DIDAHULUKAN"

INTEGRASI BERASASKAN ISLAM

EKONOMI ISLAM

ISLAMIC R&D

ISLAMIC EDUCATION

ISLAMIC FINANCE




Adapted from Mindasyabab.blogspot

Thursday, August 13, 2009

Bahana H1N1

Salam syahadah..
semoga hari-hari yang dilalui pada masa akan datang akan dapat memantopkan iman disamping mematangkan diri yang dah sedia tak mature nie...

Back to the topic, hari ni sekolah ana ditutup gara-gara virus selsema baby atau H1N1 nih... berikutan jangkitan virus ni dah ada yang positive, so pihak pentadbir sekolah ana mengambil keputusan untuk menutup sekolah ana selama seminggu dan disambung pulak dengan seminggu cuti penggal...(Adus...).. bahang spm semakin membara.. setakat nie persediaanya...wallualam..
Sahabat-sahabat ana pun ramai yang tak datang hari ni...bukan hari ni jer..setakat ni jugak ade la beberapa sahabat ana yang kena kuarantin antaranya Khairani, Nisya, Syuhada, Faris n Razin, ade jugak yang tak datang tapi tak tahu la diorang ni terkena jangkitan atau tak antaranya Ubai,Khalilah, Syakirin, Asyraf n of course Hairie... ana pulak dah demam dah ari tuh...2 hari je la,pastu alhamdulillah..sihat..
suasana sekolah hari ni sangat kalut n serabut.. sbb pe?? sebab sume orang gembira sekolah ditutup.. diorang tak tahu virus ni tak leh buat main-main...
mengikut apa yang ana tahu.. sesaper yang dah terkena virus ni,hanya ade 4 hari sahaja untuk hidup, sesape yang ade penyakit

Virus H1N1 cepat merebak ke seluruh dunia..

berkaitan paru-paru seperti asma(asma???!!! terasa koi..) n len2 lebih tinggi risiko untuk mati gara-gara virus nie..
kalau nak dibandingkan dengan virus len like HIV AIDS n taun, h1n1 lebih mudah merebak dan menjangkiti manusia..
ana beranggapan bahawa semua ini datang dari Allah, n Allah bagi warning kat hamba2Nya yang lalai supaya mengingatiNya..
walaupun hari ni sekolah agak tak keruan, ada satu keadaan yang ana suke.. iaitu semua orang pakai mask atau topeng penutup muka.. (sebab ape plak ana suke??!!!) sebab nampak cam pakai purdah bagi muslimat...cam biah solehah jgk r...
anyway.. ana harap pembaca yang budiman sekalian sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga seperti memakai mask dan kerap membasuh tangan, jika ada tanda2 jangkitan seperti demam, batuk, sakit tekok, selsema, segeralah lapor diri ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk rawatan lanjut... lagi 1, sentiasalah bermuhasabah diri dan refleksi diri agar dapat mamantopkan iman diri...

sekian coretan hati,
oasis... 13/08/ 2009 09:33 pm...( baru sampai rumah.. exited sgt)