BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 18, 2009

Dengarlah tangisan Rasulullah...

Salam Syahadah...
untuk posting kali nie, ana nak memberi sedikit gambaran hari kebangkitan atau hari kiamat..
jadikan apa yang ana coretkan ini sebagai panduan dalam menghadapi kehidupan akan datang...

Izinkan ana untuk menulis...

Manusia akan dibangkitkan pada hari kebangkitan nanti di mana apabila roh-roh mendengar sumpah Allah Taala, roh-roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad-jasad mereka. Apabila semuanya bersedia, masing-masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis, melihat makhluk-makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad merupakan satu umat( kumpulan). Nabi berhenti memerhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan ramainya..

Jibril menyeru:" Wahai sekalian makhluk, datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat-umat datang di dalam keadaan satu-satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya " Di mana umatku?"
Jibril bertanya:"Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila Nabi Isa datang, Jibril menyeru:"Tempatmu!" Maka NAbi Isa dan Jibril menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata:" Mengapa kamu berdua menangis?"
Jibril bertanya:"Bagaimana keadaan umatmu Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya:" Di mana umatku?"
Jibril berkata:"Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya:" Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril berkata:"Lihatlah mereka wahai Muhammad!"
Apabila Nabi Muhammad melihat mereka,mereka gembira dan mengucapakan selawat kepada Baginda SAW dgn apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan Nabi SAW. Baginda juga gembira bertemu mereka.

Nabi Muhammad bertemu umatnya yang berbuat dosa.Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru:" Wahai Muhammad!"
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang-orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi bersabda:" Wahai umatku!"
Mereka berkumpul di sisinya. Umat-umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian, terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru:"Di mana Jibril?"
Jibril berkata:"Jibril di hadapan Allah, Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman dalam keadaan Dia amat menyetahui apa yang tersembunyi:" Di mana umat Nabi Muhammad?"
Jibril berkata:" Mereka adalah sebaik umat."
Allah Taala berfirman:"Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan dihadapanKu."
Jibril kembali dalam keadaan menangis lalu berkata:"Wahai Muhammad! umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad berpaling ke arah umatnya lalu berkata:"Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah. Nabi Muhammad memimpin mereka menuju hadapan Allah Taala lalu Allah Taala berfirman:" Wahai HambaKu! Dengarkanlah kamu baik-baik kepadaKu tuduhan apa-apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa."

Hamba-hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman:" Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.Hari ini Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah padanya, bawakan Jahannam!"
Jibril pergi berjumpa Malik, penjaga neraka lalu berkata:"Wahai Malik! Allah Taala telah memerintakan agar mambawa Jahannam."

Malik bertanya:"Apakah hari ini?"
Jibril menjawab:"Hari ini adalah hari kiamat.Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."
Malik berkata:"Wahai Jibril! adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"
Jibril menjawab:"Ya!"
Malik bertanya:" Di mana umat Nabi Muhammad?"
Jibril berkata:"Di hadapan Allah Taala."
Malik bertanya lagi:" Bagaimana mereka mampu menahan kasabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahannam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata :"Aku tak tahu."

Malik menjerit kearah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang-tiangnya, Neraka mempunyai tiang-tiang yang keras, kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorangpun dari makhluk melainkan bercucuran airmata.

Airmata suadah berhenti mengalir manakala airmata darah mengambil alih. Kanak-kanak mula beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka tidak mabuk..

ikuti siri akan datang di mana Rasulullah yang jarang diingati umatnya membela umatnya dihadapan Allah Taala....

jangan lihat siapa yang menaip, tapi bacalah apa yang ditaip...

1 comments:

Assiddiq said...

Hu.. takut..dan harap..hmm..Moga selamat dari azab dunia dan akhirat..