BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 19, 2009

Rasulullah membela umatnya

salam syahadah...
untuk kali ni ana nak sambung balik posting ana yang lepas...

Di padang mahsyar orang yang mula-mula datang adalah nabi Ibrahim a.s. Baginda bergantung pada asap 'Arsy yang naik lalu menyeru:"Tuhanku dan Penguasaku! aku adalah khalilmu Ibrahim. Kasihanilah kedudukanku pada hari ini! Aku tidak meminta kejayaan Ishak dan anakku pada hari ini."

Allah Taala berfirman:"Wahai Ibrahim! adakah kamu melihat Kekasih mengazab kekasihnya?"

Nabi Musa a.s. datang. Baginda bergantung dengan asap 'Arsy yang naik lalu menyeru:"KalamMu. Aku tidak meminta kepadaMu melainkan diriku. Aku tidak meminta saudaraku Harun. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahannam."

Isa a.s datang dalam keadaan menangis. Baginda bergantung dengan 'Arsy lalu menyeru:"Tuhanku..Penguasaku...Penciptaku! Isa roh Allah. Aku tidak meminta melainkan diriku. Selamatkanlah aku dari kacau bilau Jahannam!"

Suara jeritan dan tangisan semakin kuat. Nabi Muhammad menyeru:"Tuhanku... Penguasaku.. Penghuluku...! Aku tidak meminta meminta melainkan diriku. Sesungguhnya aku meminta untuk UMATKU dariMu!"
Ketika itu juga, neraka Jahannam menyeru:"Wahai Tuhanku..Penguasaku dan Penghuluku! Selamatkanlah Muhammad dan UMATNYA dari seksaannya! Selamatkanlah MEREKA dari kepanasanku, bara apiku, penyeksaanku, azabku! Sesungguhnya mereka umat yang lemah. Mereka tidak akan sabar dengan penyeksaan."
Malaikat Zabaniah menolaknya sehingga terdampar di kiri 'Arsy. Neraka sujud di hadapan Tuhannya.
Allah Taala berfirman:"Di mana matahari?"

Maka, matahari dibawa menghadap Allah Taala. ia berhenti di hadapan Allah Taala.
Allah Taala berfirman kepadanya:"Kamu! Kamu telah memerintahkan hambaKu untuk sujud kepadamu?"
Matahari menjawab:"Tuhanku! Maha Suci diriMu! Bagaimana aku harus memerintahkan mereka berbuat demikian sedangkan aku adalah hamba yang halus?"
Allah Taala berfirman:"Aku percaya."
Allah Taala telah menambahkan cahaya dan kepanasannya sebanyak 70 kali ganda. Ia telah dihampirkan dengan kepala makhluk."

Ibnu Abbas berkata:" Peluh manusia bertitisan sehingga mereka berenang di dalamnya. Otak-otak kepala mereka menggelegak seperti periuk yang sedang panas. Perut mereka menjadi seperti jalan yang sempit. Air mata menyalir seperti air yang mengalir. Suara ratap umat manusia semakin kuat. Nabi Muhammad lebih-lebih lagi sedih. Air matanya telah hilang dan kering dari pipinya. Sekali lagi Baginda sujud di hadapan 'Arsy dan sekali lagi, dan Baginda rukuk untuk memberi syafaat kepada umatnya. Para Nabi keluh kesah dan tangisannya. Mereka berkata:" Maha Suci Allah! Hamba yang paling dimuliakan Allah Taala begitu mengambil berat, hal keadaan terhadap UMATNYA."

Dari Thabat Al-Bani, daripada Usman Am Nahari berkata:" Pada suatu hari Nabi SAW menemui Fatimah Az-zaharah r.h. Baginda mendapati dia sedang menangis."
Nabi bersabda:"Permata hatiku! Apa yang menyebabkan dirimu menangis?"
Fatimah menjawab:"Aku teringat akan firman Allah Taala:"DAn, Kami akan menghimpunkan, maka Kami tiadak akan mengkhianati walau seorang daripada mereka."
Lalu Nabi pun menangis. Baginda bersabda:"Wahai permata hatiku! Sesungguhnya aku teringat akan hari yang terlalu dahsyat.Umatku telah dikumpulkan pada hari kiamat dikelilingi dengan perasaan dahaga dan telanjang. Mereka memikul dosa mereka di atas belakang mereka. Air mata mereka mengalir di pipi."
Fatimah berkata:"Wahai bapaku! Apakah wanita tidak merasa malu terhadap lelaki?"
Baginda menjawab:"Wahai Fatimah! sesungguhnya hari itu, setiap orang akan sibuk dengan untung nasib dirinya. Adapun aku telah mendengar firman Allah Taala:"Bagi setiap orang dari mereka, di hari itu atau satu urusan yang melalaikan dia." (Abasa:37)
Fatimah bertanya:"Di mana aku hendak mendapatkanmu pada hari qiamat nanti, wahai bapaku?"
Nabi menjawab:"Kamu akan menjumpaiku di sebuah telaga ketika aku sedang memberi minum umatku."
Fatimah bertanya:"sekiranya aku tidak menjumpaimu di telaga?"
Nabi bersabda:" Kamu akan menjumpaiku di atas Sirat sambil dikelilingi para Nabi. Aku akan menyeru:" Tuhan Kesejahteraan! Para malaikat akan menyambut, "Aamiin"

Ketika itu juga terdengar seruan dari arah Allah Taala lalu berfirman:" Nescaya akan mengikuti kata-katanya pada apa yang kamu sembah."
Setiap umat akan berkumpul dengan sesuatu yang mereka sembah. Ketika itu juga Neraka Jahannam melebarkan tengkuknya lalu menangkap mereka sebagaimana burung mematuk kacang....

bersambung.....
jangan lihat siapa yang menaip, tapi bacalah apa yang ditaip..

5 comments:

imHepPie said...

subhanallah...thanx 4 da great info..

cahaya malam said...

salam..

teruskan usaha murni ini,

memberi petunjuk dlm perjalanan kehidupan ini,

moga alquran & hadis membimbing diri.

gud en3..
salam ramadhan..

;)

salam..

MUJAHIDIN AL-ISLAMIYAH said...

mashaAllah...bagus...dr mana kisah-kisah ini diambil?hadis ke?

Mona Bt. Mat Zaid said...

dari sebuah buku terbitan pustaka azhar yang bertajuk malam pertama di syurga...

Assiddiq said...

Suka la kandungan blog ni.. xbaca abis lagi..kisah nya menarik aja.. mana rujuk ya? rasa nak beli bukunya..