BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 7, 2009

Fakta-fakta yang perlu anda tahu..

Terdapat beberapa fakta yang ramai yang tidak tahu, tetapi perlu tahu. Berikut adalah fakta yang menarik yang perlu anda tahu..

  • Tikus kasturi, mamalia paling kecil di dunia nakan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.
  • Kucing tidak boleh merasa manis.
  • Apabila seseorang itu bercakap,secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titissan bagi satu perkataan.
  • Bintang Neutron termasuk dalam kategori bintang padat(compact star). Jika sesudu teh sepihan bintang Neutron ditimbang, beratnya hampir 110 juta tan..
  • Satu kes pembunuhan berlaku di Amerika Syarikat setiap 23 minit, bermakna 22,852 pembunuhan berlaku setiap tahun di negara itu.
  • Selepas matahari, Proxima Centauri adalah bintang yang paling hampir dengan bumi iaitu sejauh 25,000,000,000,000 batu.
  • Tilam di rumah kita menjadi rumah kepada lebih enam bilion hama.
  • Sungai Hwang Ho di China digelar sebagai Sungai Derita kerana kerap meragut ratusan juta nyawa apabila banjir setiap tahun.
  • Hippopotomostrosesquippedaliophobia adalah ketakutan pada perkataan-perkataan panjang.
  • Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.
  • Gigi merupakan satu-satunya bahagian tubuh manusia yang tidak boleh memperbaiki dirinya secara semulajadi..(Jadi, jagalah gigi anda dgn baik)
  • Jika di himpunkan semua arang,minyak dan gas di seluruh planet Bumi, ia hanya mampu mengekalkan pembakaran matahari selama beberapa hari sahaja.
  • Tonsurphobia adalah ketakutan kepada memotong rambut.
  • Susu seladang berwarna merah jambu.
  • Secara purata, kita akan berhenti bercakap setiap 7 minit.
  • Kalau diceraikan satu per satu dan kemudian disusun semula, seluruh batu yg terdapt pda tembok besar China cukup untuk mengelilingi bumi pada Garisan Khatulistiwa dengan ketinggian 2.5 meter.
  • Tidak terdapat sebatang sungai pun di Arab Saudi.

1 comments:

My Words said...

salam ziarah ;)
bagusnya blog ni..
saya suka post ini (dan yg lain2 jugak) (^,^)/
terima kasih kerana berkongsi ya.
;)