BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 23, 2009

Sekilas Gambaran...

salam syahadah...tatkala sibuk menanti waktu berbuka puasa, terdetik di hati ana untuk mposting sekilas lagi gambaran hari kebangkitan... untuk kali ini, ana ingin menyambung coretan berlandaskan tajuk umat Muhammad diseru miniti sirat...

Izinkan ana untuk memulakan bicara...

Allah Taala menyeru:"Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan.Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.."
Malaikat Malik berdiri di pintunya(neraka).Dia menyeru:"Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Taala, maka dia akan selamat. sekiranya sebaliknya, maka, dia akan jatuh dalam neraka.Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad bersabda kepada Malik:" Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan wajahnya dari umat Nabi Muhammad. Umat Nabi Muhammad telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya:"Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

  • kumpulan pertama -berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
  • kumpulan kedua -melintasi seperti angin yang kencang
  • kumpulan ketiga -seperti kuda yang baik
  • kumpulan keempat -seperti burung yang pantas
  • kumpulan kelima -berlari
  • kumpulan keenam -berjalan
  • kumpulan ketujuh -berlari dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di aias mereka. Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. Setiap kali Baginda melihat seorang dari UMATNYA bergayut di atas Sirat, Baginda akan MENARIK TANGANNYA dan MEMBANGUNKAN DIA kembali..
  • kumpulan kelapan -menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak dosa. Bagi yang buruk akan menyeru:"Wahai Muhammad!" dan Nabi Muhammad pula akan menyeru:"Ya Robb! SELAMATKAN MEREKA! SELAMATKAN MEREKA!
  • kumpulan kesembilan kesepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.
Diriwayatkan bahawa di pintu Syuga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu bapa mereka, mereka menyambutnya mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek-cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibubapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata:"Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat kedua ibu bapaku."
Kanak-kanak yang belum melihat ibu bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata:"Kami masih dalam keadaan yatim di sini dan di dunia."
Malaikat berkata kepada mereka:"Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:"Kami akan duduk dipintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan pertama iaitu Sirat. Kaki-kaki mereka mereka akan tergantung di atas Sirat.
Nabi Muhammad melintasi sirat bersama-sama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:"Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?

Malaikat menjawab:" Mereka menangis kerana berpisah dengan ibubapa mereka."
Nabi SAW bersabda:"Aku akan mnyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, InsyaAllah.."

Sekian sahaja gambaran hari kebangkitan, moga-moga ia dapat meresap dalam minda kelas pertama pembaca...

tinta kalam..

oasis

4 comments:

sa'ah said...

teruskan usaha dakwah enti....apsal ana nk follow blog enti xleh???

sa'ah said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Assiddiq said...

Kita ni mmg mcm ni.. terasa sangat akan kehidupan akhirat.. tapi tetap lalai padaNya.. xsedar diri.. Allah.. Moga2 kami mati dalam Iman dan Islam.. Nice blog.. Lagu pun best.. nape xkecikkan je mp3 tu..? boleh adjust code saiznya.. bagi nampak sesuai ngan kotak nya..

Oasis said...

ea..ana x reti..