BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

Imam Bukhari(ahli Hadith terhebat)

Namanya Muhammad bin Ismail Al-Bukhari @ Imam Bukhari merupakan ahli hadis yang hebat. Imam Bukhari dilahirkan di Bukhara', pada 13 Syawal 194H dan membesar dalam suasana keluarga yang amat mencintai ilmu agama. Abihi, Ismail bin Ibrahim sangat mengambil berat mengenai hal-hal yang berkaitan suruhan dan larangan Allah SWT serta Rasul-Nya. Pernah ayahnya itu berkata: "Aku tidak pernah mengenal daripada hartaku barang satu dirham pun yang haram dan tidak pula satu dirham yang subahat.

Imam Bukhari amat dikenali kerana mampu menghafal ratusan ribu hadith sahih dan tidak sahih beserta nama-nama orang yang meriwayatnya tanpa ada sebarang kesilapan.Bukan itu sahaja, Imam Bukhari juga mampu mengumpul 6 juta hadith.Walaubagaimanapun, Imam Bukhari hanya menghimpunkan hadith yang sahih sahaja di dalam bukunya. 'Sahih Bukhari' merupakan buku hadith Imam Bukhari yang menghimpunkan lebih 7000 hadith sahih dan menjadi antara buku hadith yang trerpenting.

Untuk mengumpul dan menulis hadith bukanlah satu pekerjaan yang mudah. Imam Bukhari menghabiskan masa bertahun-tahun dengan merantau dan mencari orang yang menghafal hadith Rasulullah SAW.Pernah satu ketika,beliau berjalan berjalan hampir berbulan-bulan lamanya dari Bukhara menuju ke Baghdad, semata-mata untuk mendapatkan satu hadith daripada seseorang.Tetapi, apabila tiba di tempat yang ditujunya,beliau terlihat lelaki yang dicarinya itu sedang memnggil seekor juda dengan cara tipu muslihat. Lelaki itu mengangkat dan menggerak-gerakkan kainnya seolah-olah kainnya penuh dengan rumput.Sudah tentu kuda tersebut akan datang kepadanya kerana menyangka tuannya itu membawa rumput. Melihatkan keadaan itu, Imam Bukhari terus membatalkan niatnya untuk mengambil hadith daripada lelaki tersebut. Lalu, Imam Bukhari pulang ke Bukhara walaupun telah melalui perrjalanan yang begitu jauh dan lama.

Setiap kali ingin menghafal atau menulis hadith, Imam Bukhari tidak lupa untuk berwudhu' dan solat serta berdoa kepada Allah SWT. Sebelum menghimpunkan buku 'Sahih Bukhari', Imam Bukhari ada bermimpi. Dalam mimpinya itu, Imam Bukhari menghalau lalat yang mengganggu Rasulullah SAW. Bila ditafsirkan, mimpinya itu menjelaskan bahawa suatu hari nanti Imam Bukhari akan menjadi penyelamat kepada segala kekeliruan orang ramai terhadap Rasulullah SAW.

Antara karangan terkemuka Imam Bukhari ialah kitab Al-Jami'ush(Sahih Bukhari) iaitu kitab hadis tersahih di antara kitab-kitab hadith yang lain. Selain itu, Imam Bukhari juga menyusun kitab Al-Adabul-Mufrad, At-Tarikh al-Kabir,Ad-Dhuafa'(hadith-hadith lemah), dan sebagainya.

Imam Bukhari wafat di Khartank,sebuah desa di negeri Samarkand, pada malam Aidul Fitri tahun 256H. Imam Bukhari wafat ketika berumur 62 tahun.

0 comments: