BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 12, 2009

Perbuatan sia-sia...

Firman Allah Taala:

"(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan." (Surah Al-Kahfi: 104)

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

  • Orang yang berdoa untuk dirinya sendiri, tetapi tidak memohon doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.
  • Orang yang tidak berterusan membaca Al-Quran walaupun sedikit.
  • Orang yang masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar tanpa menunaikan solat tahiyatul masjid.
  • Orang yg melalui tanah perkuburan, tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur.
  • Lelaki yg masuk ke suatu kota pada hari jumaat, kemudian dia keluar tanpa mengerjakan solat jumaat berjemaah.
  • Orang yg tinggal setempat dengan ulama, tetapi dia tidak berusaha untuk menambahkan ilmunya.
  • Dua orang yg bersahabat, tetapi mereka tidak mengambil berat tentang keadaan masing-masing.
  • Orang yg mengundang seseorang menjadi tetamunya, tetapi tidak melayan tetamunya itu.
  • orang yang tidak menyedari jiran tetangganya kelaparan, sedangkan dia kekenyangan di dalam rumahnya...

0 comments: