BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 4, 2010

Mengapa begitu lama???

Alhamdulillah, kali ni saya diberi kesempatan untuk post entri setelah hampir setahun membisu..
Sekali lagi Alhamdulliah, aku berjaya menamatkan STAM n Muet tahun2010...

Saya nak buat sedikit khulasah mengenai pengajian saya selama 10 bulan di sana...

Dalam kesibukan sahabat-sahabatku yang dapat masuk universiti, waktu itu aku terlihat terpancarnya sinar kegembiraan di wajah bg yg dpt tawaran ke sana, tetapi bg yg kurang bernasib baik, semangat juang utk meneruskan Stam membara dlm diri mereka, dan aku adalah slh seorang dari mereka..

hari berlalu...
tibe la first exam stam..
Bile kluar result, MasyaAllah... ramainya yang x pass..
Mataku berkeliaran di celah2 nama pelajar yang mencecah 500 org..
"Mana nama aku nih?" bisik jiwaku..
Tak lama tu, jumpa la..keputusannya agak mengecewakan..( x nak bgtau bape)

Tibalah exam tgh tahun...
Ustaz Hasanuddin buat satu pengumuman..
"OK, siapa yg dpt no 120 ke bawah dapat pergi Summer Set Resort untuk seminar di sana..."
waktu tu, pelbagai bisikan yg ku dengar..antaranya..
"Aku kene bt betul2 nih, jgn jd cam exam yg lepas." ..maka makin mmbaralah semangat juang..
semua pelajar seolah-olah sendirian bersama buku tiap masa..

abis exam...
result ditampal di papan kenyataan sekolah..
Sekali lg aku mencari namaku...
Kali ni Alhamdulliah aku lepas n dapat pergi SummerSet Resort...
Oleh sebab itu, ramailah sahabat2 ku yg cemburu( selingan,,,)

hari berlalu..
tibalah lagi beberapa hari nak exam...
mase ni, semua sibuk menghafal..ramai yg tak tidur malam...aku pernah gak buat, sekali je, pastu xnak dh..(serik!!!)

lalu tibalah hari exam...
masa ni siapa yg berjaga malam, jujur aku katakan, tak ramai yang mampu bertahan... baru sampai pukul 10 pagi, dah ade yang terlelap.. Alhamdulliah, aku bkn slah seorang daripadanya... Akhirnya 5 hari exam yang penuh dugaan pun berlalu...

setiap saat aku di sana, walau sepahit-pahit manapun aku akan ingat..
tak ramai org yg mampu bertahan di sana..
sebab apa??
sekolah aku ni terkenal dengan masalah air..
dlm seminggu 1 hari ada air, yg selebihnya, ikhtiar la....
tp aku berjaya survive kat sini,
thn ni saje aku antara pelajar yg paling lame duduk kat sekolah.. maksudnya x balik la..
ada gak kawan aku ckp, "ko boleh heh bertahan sampai berbulan-bulan x balik, kalau aku.. menangis air mata darah la mintak balik.." aku just sengih kerang busuk je, padahal dlm jiwaku.. only Allah knows.

Kat Kulliah SAB ni, aku sangat kagum dgn tarbiahnya.. MasyaAllah, guru-guru di sini..
setiap masa pelajar di jaga.. lagi2 pelajar perempuan..
Setiap hari Jumaat selepas sekolah, pelajar perempuan WAJIB mendengar takirah dari guru2, meskipun guru tu bkn cikgu yg mengajar agama... pelbagai peringatan yang dihidangkan kepada kami, bergantung pada diri masing2lah samada untuk memekakkan telinga atau sebaliknya..

Asatiz di sini, mereka sangat mengambil berat terhadap muridnya... ada seorng cikgu di sini kata.."kamu hargailah zaman sekolah kamu ni..kamu tahu, nanti bila dah masuk u, dah tak de org nak take care kat kamu dah, semuanya atas pilihan kamu..kamu nak berjaya atau tidak, kamu nak jadi budak jahat ke, budak baik ke, tak de sape nak halang..." fuh, betol ke nih..

tapi tak pe, walaupun aku dah habis sekolah, aku akan ingat asatiz kat sini...
antara pengalaman buruk aku kat sini...
of course la kan masalah air...lagi satu.. aku selalu la gak bt sorang cikgu ni terase... alhamdulillah, maafku diterima...

Generally, semua pahit manis di atas bumi barakah ni tak mampu aku terjemahkan di sini.. biarpun pelbagai spekulasi yang kudengari mengenai Stam nih, aku yakin suatu hari nanti akan ade juga rezeki untuk dak Stam ni.. sekian...

Monday, March 15, 2010

-Someones watching over me-

I found myself today
Oh I found myself and ran away..
But something pull me back
The voice of reason I forgot I had
All I know is you're not to say
But always here to say
But it's written in the sky tonight

So I won't give up
No Iwon't break down
Sooner that it seems life turns round
And I will be strong
Even if it all goes wrong
Whwn I'm standing in the dark I still believe
Someone's watching over me

I've seen that ray of light
and it's shining on my destiny
Shining all the times
and I won't be afraid
To follow everywhere it's taking me
all I know yesterday is gone
and right now I belong
to this moment to my dreams..

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
And I will be strong
Even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I still believe
Someone watching over me

It does'nt matter what people say
And It does'nt matter how long it takes
Believe in yourself
and you'll fly high
and it only matters how true you are
be true to yourself and follow ur heart

So I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turns around
and I will be strong
even if it all goes wrong
When I'm standing in the dark I still believe
that I won't give up
No I won't break down
Sooner than it seems life turn around
and I will be strong
even if it all goes wrong
when I'm standing in the dark I still believe
Someones watching over me...

A dedicated song for all viewers of my blog..
A nice song to hear..




Finally...

First and foremost,
I would like to say congratulations to all my friends foe their excellent results for SPM..
They are:

  1. Umair b. Ibrahim
  2. Mohammad Asyraf b Saharuddin
  3. Nur Faezahtul bt. Nor Azaini
  4. Az-Zahara bt. Hj Abu Jamal
  5. Siti Suhada bt. Yaakob
  6. Iqbal Syafiq b. Mohd Shaani
  7. Siti Insyirah bt. Mohd Yusof
  8. Nur Adibah Bt. Mohd. Arif
  9. Mar Atul Husna bt. Roslan
  10. Rahimah bt. Ramlan
  11. Nur Amira Rasyidah bt. Mohd Anuar
  12. Ahmad Syakirin b. Mohd. Adib

Congratulations guys!!

Friday, February 12, 2010

Mashaf hidup baru..



Assalamualaikum warahmatullah ya jamiil dhuyuful kareem...

Asif jiddan kerana saya terpaksa delete blog saya buat sementara waktu kerana ada kemushkilatan yang tidak dapat saya elakkan...

Al-an, lembaran hidup baru saya baru bermula..

Buat masa sekarang ini, saya tidak dapat lagi nak masukkan entri baru atas sabab musabab yang tidak dapat saya elakkan...

Akhirul kalam,

Cintailah seseorang saudara itu sepertimana kalian mencintai diri kalian sendiri.
Ana hanyalah insan biasa yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan dalam perjalanan kehidupan ini...

Monday, August 24, 2009

Jenaka pengubat duka...

Salam Syahadah...
untuk kali nie ana nak buat semua pelawat blog ana nie tersenyum kambing... senyum sahaja yarr..

kisah satu pun bermula....

Seorang guru bertanyakan satu soalan kepada anak muridnya..
Cikgu:"Ali, gabungkan dua ayat ini menjadi satu."

Ayat 1: Ahmad menaiki basikal ke sekolah.
Ayat 2: Ahmad ternampak mayat.

Ali :"Ahmad ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah."

kisah dua tak sabar dah..

Alkisah suatu hari Pak Pandir jatuh sakit. Dia pun pergi ke klinik untuk berjumpa doktor, lalu terjadilah perbualan antara mereka..

Doktor:"Pak Pandir, saya bagi ubat minum ni, Pak Pandir minum 3 sudu sehari ya."
Pak Pandir:"Tak boleh doktor."
Doktor:" Mengapa pula?"
Pak Pandir:" Sebab di rumah saya ada 2 sudu jer, saya ni orang miskin."

kisah ketiga dah meronta-ronta untuk dibaca..

Suatu hari sepasang suami isteri bertelagah sesama mereka. Lalu, si suami yang sedang kemarahan itu pun berkata kepada isterinya:" Ok, kalau macam tu, kita tak payah bercakap, senyap jer klau ada apa-apa, tak lah kita bergaduh." Si isteri yang juga sedang kemarahan itu pun berkata:"Ok fine, kalau itu yang abang nak."Mereka pun membisu sampailah nak tidur. semasa si suami sedang memejamkan mata, dia baru teringat bahawa dia ada mensyuarat penting pada hari esok. Kebiasaannya, isteri dia yang akan mengejutkan dia tiap-tiap pagi, melihatkan keadaan isterinya yang sudahpun tidur, si suami mengambil keputusan untuk menulis nota yang berbunyi:"Ayang, kejutkan abang awal esok, abang ada mensyuarat.".Si suami itu pun meletakkan nota tersebut di tepi bantal isterinya. Keesokan paginya, si suami tetap bangun lambat, dia berasa marah kerana isterinya tidak mengejutkan dia. Lalu si suami pun bergegas bangun, semasa dia bangun, dia terlihat ada nota di tepinya. Nota tersebut berbunyi:" Abang!! bangun, dah pukul 6."

kisah keempat pula..

Pak Pandir mempunyai sebuah kebun getah. Pak Pandir akan menoreh getah setiap hari pada waktu pagi. Kebiasaannya, dia akan pulang bila menjelang tengah hari. Suatu hari, Pak Pandir dimaklumkan bahawa kerajaan akan membuat jalan bersebelahan dengan kebun getahnya.
Pak Pandir pun meneruskan kerja hariannya di kebun getah tersebut. Tiba-tiba, suatu pagi Pak Pandir pulang awal dari kebun getahnya. Mak Mandir yang kehairanan pun bertanya kepada Pak Pandir:"Kenapa pulang awal bang?"Pak Pandir yang kemurungan itu pun menjawab:" Ada papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'.."

sekian sahaja penghibur duka dan kesunyian dari saya...

oasis...

Huh!! My First Tag

Salam Syahadah...

sukacitanya ana ingin mengumumkan bahawa ana telah ditag...
Inilah tag ana yang pertama...anyway, thx la yarr kepada Cik pujaan-7 kerana mentag sayer..
Makanyer, rajin-rajinlah pelawat yang budiman sekalian copy this image..

perkara yang wajib anda lakukan??
jawapannya, sahut-sahutlah seruan image diatas...

hence, 10 umat nabi Muhammad yang bertuah lagi lucky ini diisytiharkan menerima tag nie... terima la yea..

  1. ZinnirahO8
  2. islamicsyabab
  3. mindasyabab
  4. jihadsyabab
  5. syababArtz
  6. bicarafaraulah
  7. csidesigner90
  8. maahadian rock
  9. proud to be islam
  10. iszz
then,

pilih 10 orang sahabat anda dan wajibkan mereka melakukan perkara yang sama. Ingat! 10 orang tahu.. Lebih2? lagi bagus. Kalau nak bagi semua? amat digalakkan..

Sunday, August 23, 2009

Sekilas Gambaran...

salam syahadah...tatkala sibuk menanti waktu berbuka puasa, terdetik di hati ana untuk mposting sekilas lagi gambaran hari kebangkitan... untuk kali ini, ana ingin menyambung coretan berlandaskan tajuk umat Muhammad diseru miniti sirat...

Izinkan ana untuk memulakan bicara...

Allah Taala menyeru:"Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan.Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.."
Malaikat Malik berdiri di pintunya(neraka).Dia menyeru:"Wahai Muhammad! Sesiapa yang datang dari umatmu dan bersamanya ada pelepasan dari Allah Taala, maka dia akan selamat. sekiranya sebaliknya, maka, dia akan jatuh dalam neraka.Wahai Muhammad! Katakan kepada orang yang diringankan agar berlari! Katakan kepada orang diberatkan agar berjalan!"

Nabi Muhammad bersabda kepada Malik:" Wahai Malik! Dengan kebenaran Allah Taala ke atasmu, palingkanlah wajahmu dari umatku sehingga mereka dapat melepasi! Jika tidak, hati mereka akan gementar apabila melihatmu."

Malaikat Malik memalingkan wajahnya dari umat Nabi Muhammad. Umat Nabi Muhammad telah dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Nabi Muhammad mendahului mereka lalu bersabda kepada umatnya:"Ikutlah aku wahai umatku di atas Sirat ini!"

  • kumpulan pertama -berjaya melintasi seperti kilat yang memancar.
  • kumpulan kedua -melintasi seperti angin yang kencang
  • kumpulan ketiga -seperti kuda yang baik
  • kumpulan keempat -seperti burung yang pantas
  • kumpulan kelima -berlari
  • kumpulan keenam -berjalan
  • kumpulan ketujuh -berlari dan duduk kerana mereka dahaga dan penat. Dosa-dosa terpikul di aias mereka. Nabi Muhammad berhenti di atas Sirat. Setiap kali Baginda melihat seorang dari UMATNYA bergayut di atas Sirat, Baginda akan MENARIK TANGANNYA dan MEMBANGUNKAN DIA kembali..
  • kumpulan kelapan -menarik muka-muka mereka dengan rantai kerana terlalu banyak dosa. Bagi yang buruk akan menyeru:"Wahai Muhammad!" dan Nabi Muhammad pula akan menyeru:"Ya Robb! SELAMATKAN MEREKA! SELAMATKAN MEREKA!
  • kumpulan kesembilan kesepuluh tertinggal di atas Sirat. Mereka tidak diizinkan untuk menyeberang.
Diriwayatkan bahawa di pintu Syuga, ada pokok yang mempunyai banyak dahan. Bilangan dahannya tidak terkira melainkan Allah Taala sahaja yang mengetahuinya. Di atasnya ada kanak-kanak yang telah mati semasa di dunia ketika umur mereka dua bulan, kurang dan lebih sebelum mereka baligh. Apabila mereka melihat ibu bapa mereka, mereka menyambutnya mengiringi mereka memasuki syurga. Mereka memberikan gelas-gelas dan cerek-cerek serta tuala dari sutera. Mereka memberi ibubapa mereka minum kerana kehausan kiamat. Mereka memasuki syurga bersama-sama.

Hanya tinggal, kanak-kanak yang belum melihat ibu bapa mereka. Suara tangisan mereka semakin nyaring.
Mereka berkata:"Aku mengharamkan syurga bagi diriku sehingga aku melihat kedua ibu bapaku."
Kanak-kanak yang belum melihat ibu bapa mereka telah berkumpul. Mereka berkata:"Kami masih dalam keadaan yatim di sini dan di dunia."
Malaikat berkata kepada mereka:"Bapa-bapa dan ibu-ibu kamu terlalu berat dosa mereka. Mereka tidak diterima oleh syurga akibat dosa mereka."
Mereka terus menangis malah lebih kuat dari sebelumnya lalu berkata:"Kami akan duduk dipintu syurga moga-moga Allah Taala mengampuninya dan menyatukan kami dengan mereka."

Demikianlah! Orang yang melakukan dosa besar akan dikurung di tempat pembalasan pertama iaitu Sirat. Kaki-kaki mereka mereka akan tergantung di atas Sirat.
Nabi Muhammad melintasi sirat bersama-sama orang-orang yang soleh di kalangan yang terdahulu dan orang yang taat selepasnya. Di hadapannya ada bendera-bendera yang berkibaran. Bendera kepujian berada di atas kepalanya.
Apabila bendera baginda menghampiri pintu syurga, kanak-kanak akan meninggikan tangisan mereka. Rasulullah SAW bersabda:"Apa yang berlaku pada kanak-kanak ini?

Malaikat menjawab:" Mereka menangis kerana berpisah dengan ibubapa mereka."
Nabi SAW bersabda:"Aku akan mnyelidiki khabar mereka dan aku akan memberi syafaat kepada mereka, InsyaAllah.."

Sekian sahaja gambaran hari kebangkitan, moga-moga ia dapat meresap dalam minda kelas pertama pembaca...

tinta kalam..

oasis